Friday, 12 June 2015

Kun Anta

Assalamualaikum wbt...

Hai apa khabar semua pembaca blog ni? Hari ni saya excited sangat nak share entry kali ini. Anda semua pernah dengar lagu Kun Anta? Lala...la tahtajul mala ~

Penyanyi lagu ni adalah Humood Al Khader yang berasal dari Kuwait. Lagu Kun Anta menjadi viral apabila Humood merakam nyanyian di dalam kereta kemudian dikongsi di laman sosial. Berkenaan lagu Kun Anta yang bermaksud jadilah diri kamu sendiri, videonya telah ditonton melebihi 12 juta sejak ia dimuat naik di youtube dan menduduki carta nombor satu iTunes Malaysia. Malah, ramai yang merakam semula di aplikasi dubmash.




Kalau korang nak tahu, penyanyi yang berumur 26 tahun ni dah kahwin tau. Alamak..! Korang dah terlambat. Haha... dah yang lagi syok sekarang ni Humood berada di Malaysia !! Tapi sayang tak dapat jumpa. Busy dengan study plus assignment berlambak. Huhu...redha.


Haa...kat bawah ni saya nak share lirik lagu Kun Anta


لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan yang lain,
aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain hanya untuk berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan,
kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar.

لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa
yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah 
kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.

كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi 
kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka tetapi tidak pula aku 
meniru perwatakan mereka

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri inilah aku

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
hal ini kurasakan sudah cukup dan aku
 sangat pasti

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
aku tidak perlukan orang lain menerimaku

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
aku akan jadi apa yang aku suka
kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?




Thursday, 11 June 2015

Ramadhan

Assalamualaikum wbt...

UNTUK MENDAPAKAN KEBERKATAN DALAM BULAN RAMADHAN...   

Jalani ramadhan dgn berusaha bersunguh2 merendahkan kehendak nafsu.   

Rendahkan perbelanjaan pada bulan ini serta perlu berjimat cermat.

Buang sifat mazmumah jauh2 dan gantikan dgn sifat2 mahmudah.. 
pelihara hawa nafsu...

Nafsu mata.. 
nafsu telinga.. 
nafsu lidah.. 
nafsu tekak dan yg sangat penting nafsu hati. 

Lakukan kesemuanya semata2 mencari redho dan kasih sayang Allah swt. 

Di samping tingkatkan ibadah wajib serta ibadah sunat dalam ramadhan ini.

Perbaiki perhubunggan sesama manusia disamping meningkatkan mutu Akhlak kepada yg lebih baik.

Ramadhan merupakan bulan yg sangat berkat..
Bulan penuh rahmat..
Pintu2 taubat terbentang luas..

Hanya datang setahun sekali..
Bulan yg mana ganjaran pahala di lipat gandakan..
Di dalamnya ada malam al Qadar..

Jangan persia2kan ramadhan yg bakal datang ini..

Pergunakan sebaik mungkin..
Kerana belum tentu kita akan dapat berjumpa lagi di tahun hadapan...

Mungkin juga..  ini adalah ramadhan yg terakhir buat kita...

Semoga Allah swt memanjang kan usia2 kita..
Agar sempat bertemu dan melalui ramadhan yg bakal tiba ini..

Selamat Datang Yaa Ramadhan !


Monday, 8 June 2015

Mutiara Kata Imam As - Syafie


Assalamualaikum wbt...

Imam Syafie merupakan ulama tersohor yang dikagumi oleh semua. Beliau telah menyampaikan mutiara kata yang boleh menjadi panduan kepada kita semua.

"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta."
- (Imam AsSyafie)

"Jika ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepadaku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya."
- (Imam asSyafi'e)

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."
- (Imam asSyafie)

Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun.
- (Imam asSyafie)

Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.
- (Imam asSyafie)

Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika dia berpendapat salah.
- (Imam asSyafie)

Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu.
- (Imam asSyafie)

Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik sesama manusia.
- (Imam AsSyafie)

"Pentingnya menyebarkan ilmu agama.
- (Imam asSyafie)

Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak, Menjadi mati lalu membusuk."
- (Imam syafie)

"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
- (Imam Syafie)

"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah." - (Imam as Syafie)

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
- (Imam asSyafie)

Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
- (Imam Syafie)

Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan.
- (Imam asSyafie)

Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
- (Imam asSyafie)

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
.
Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
- (Imam asSyafie)

"Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu Ya Allah... ternyata keampunanMu jauh lebih besar."
- (Imam syafie)

"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang, angkasa pun menjadi sempit"
- (Imam asSyafie)

Letakkan  akhirat di hatimu, dunia di  genggaman tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.
- (Imam asSyafie)

Sebesar-besar aib (keburukan) pada diri sesaorang adalah orang yg asyik mencari dn mengata keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri nya  sendiri.
- (Imam asSyafie)

Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana dia tak tahu akan landasan ilmu.

- (Imam asSyafie)

Sunday, 7 June 2015

Wanita Solehah

Assalamualaikum wbt...

Wanita solehah. Siapakah mereka?Ada tak ciri-ciri tersebut dalam diri kamu? Mari kita sama - sana menilai diri kita sama ada kita sudah menepati ciri - ciri wanita solehah.

1- Wanita solehah - dirinya susah nak dikenali malah ada yang tak
    dikenali.

2- Wanita solehah - susah dicari kerana dia tidak menonjolkan diri.

3- Wanita solehah - auratnya dan kehormatan dirinya terpelihara 
     kerana dia tahu diri dia hanyalah untuk suaminya.

4- Wanita solehah - jalannya diam, tak berbunyi. Datang dan pergi
     seperti angin yang bertiup.

5- Wanita solehah - akhlaknya mulia, kerana dia sentiasa mendahulukan
     agamanya.

6- Wanita solehah - ibarat permata di celah-celah kaca. Hanya orang-
     orang tertentu yang dapat memetiknya.

7- Malunya berbalut takwa, sejuknya menenteramkan jiwa,
     terbingkai pada dirinya seorang solehah

8- Sebelum dirinya berjumpa yang selayaknya, cintanya hanyalah untuk
     Yang Maha Esa. Itulah wanita solehah.

9- Wanita solehah – sentiasa menjaga setiap tutur kata, setiap
     perbuatannya kerana dia tahu, wanita itu fitnah dunia.

10- Wanita solehah – penemannya Allah, tempat luahannya Allah,
      buah hatinya Allah, segala-galanya ada Allah dalam dirinya.









11- Wanita solehah - tak semestinya yang berniqab / berpurdah. Kerana
    keimanan seseorang bukan dinilai dari pemakaiannya.

12- Wanita solehah - dirinya tidak menjadi rebutan para lelaki biasa.
    Kerana dirinya hanya untuk lelaki yang luar biasa.

13- Dirinya seperti pokok semalu. Bila dengan ajnabi dirinya akan  
    menguncup malu. Durinya sebagai pertahanan. Itulah wanita solehah.

14- Jalannya tunduk, jalannya tak mendahului lelaki ajnabi, kakinya tak
    dihentak dengan kuat bila berjalan. Itulah cara wanita solehah 
    berjalan.

15- Wanita solehah - tak banyak mengeluh, tak banyak bicara.

16- Wanita - kamu digelar penyeri dunia. Jadilah kamu penyeri pada
    suamimu, bukannya penyeri kepada lelaki selain suamimu.

17- Wanita solehah - tak akan mengaku dirinya solehah.

18- Ingatlah wanita – kelembutan fizikalmu bukan tandanya itu
    kelemahanmu. Bukan juga penghinaan dari Tuhan, tapi ia
    sebagai hiasan kecantikanmu.

19- Wanita hiasan dunia. Dan seindah hiasan itu adalah WANITA
    SOLEHAH.

20- Isteri yang solehah? Isteri solehah ibarat tongkat bagi si buta.
    Yang melengkapkan hidup suaminya.




Saturday, 6 June 2015

Cara Rasulullah S.A.W menjaga kesihatan diri

Assalamualaikum wbt...

Hari ni saya ingin berkongsikan bagaimana cara Rasulullah S.A.W menjaga kesihatan diri. Saya berharap agar apa yang ingin disampaikan dapat menambahkan ilmu pengetahuan pembaca blog ini disamping mengamalkannya.

·        SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

·        AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

·        TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

·        GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

·        TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

·        OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

·        TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.


"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."

Friday, 5 June 2015

Salad Buahan

Assalamualaikum wbt...

Semalam saya dah post resepi masakan tradisional Terengganu. So, hari ni saya nak share resepi dessert pula. Lepas makan nasi mesti nak makan dessert kan, walaupun sunah Nabi Muhammad SAW haruskan makan buahan sebelum makan nasi. Dah memang habit kita, jadi lepas ni kena ubah la, makan buahan sebelum makan nasi.

Okay..sekarang saya akan bagitahu bahan-bahan untuk buat salad buahan.

Bahan-bahan
1 biji epal hijau
1 biji epal merah
5 biji strawberry
1 biji limau mandarin
sepotong nenas
Mayonis / plain yogurt secukupnya
1 sudu besar gula / madu
kacang pistachios di cincang kasar 

Cara-cara :
Potong buah-buahan berbentuk baji dan gaulkan bersama mayonis / plain yogurt dan gula.  Tabur dengan pistachios cincang dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.





* Kalau nak salad buahan lagi sedap boleh tambah toping seperti ais krim, madu atau hazelnut. Nyum...nyum...

P/S : Resepi saya simple saja dan sesuai untuk orang bujang. So, nanti takde la korang rasa complicated sangat mmemasak. Selamat mencuba !




Wednesday, 3 June 2015

Ikan Singgang Terengganu

Assalamualaikum wbt…

Bulan Ramadhan akan menjelma tak lama lagi. Rasanya masih tidak terlambat untuk saya ucapkan Salam Ramadhan Almubarak buat pembaca sekalian. Kali ini saya ingin berkongsi satu resepi bujang yang sesuai untuk dibuat juadah berbuka dan juga sahur.  Memandangkan chef bujang anak jati Terenganu, resepinya mestilah masakan tradisional Terengganu iaitu ikan singgang! Siapa orang Terengganu tapi tak makan ikan singgang baik tak payah mengaku orang Terengganu.

So cara masakannya sangat simple. Campak-campak je terus siap. Hehe..

Bahan:
3 Ketul ikan kembung/ikan tongkol(aye)
3 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2 cm lengkuas - dihiris nipis
2 cm kunyit - dihiris nipis
5 keping asam gelugur
garam secukup rasa
1 liter air
Cili api/lada kecil


Cara Memasak:
1.   Campurkan kesemua sekali bahan-bahan diatas dan
dimasukkan kedalam periuk.
2.   Masukkan air kosong dan jerang sehingga mendidih.
3.   Masukkan garam dan gula secukup rasa
4.   Biarkan ia mendidik seketika
5.   Sedia dihidangkan.








  • Kalau nak lagi ummpp…. Hidangkan bersama sambal belacan, budu serta ulam-ulaman. Selamat mencuba... !

Tuesday, 2 June 2015

Movie Review


Assalamualaikuam wbt..

Hai semua ! untuk entry kali ni saya nak bercerita sikit mengenai filem Seventh Son. Saya dah tengok filem ni di Quill City Mall. Tengok wayang free lagi. Hehe… sempena pembukaan GSC kat mall tu. Mula  mula saya tak nak tengok pun filem ni sebab saya tak suka cerita yang seram dan banyak aksi. Tapi bila sepupu kesayangan dah paksa dengan muka comel dia, kerana terpaksa aku relakan kena tengok juga.


Sebelum tengok memang saya expect filem ni tak best, boring, seram, tapi….bila dah start sikit je filem ni terus tersangkut. Sampai nak tengok dua, tiga kali. Haha..





Haa…ni poster filem Seventh Son

Filem ni telah diadaptasi dari novel berjudul “The Wardstone Chronicles” karya Joseph Delaney. Ia mengisahkan tentang John Gregory (Jeff Bridges) adalah satu-satunya kesatria Spook yang tinggal. Dia telah memenjarakan penyihir jahat dan kuat, Mother Malkin (Julianne Moore). Gregory pun melakukan perjalanan untuk mencari seorang pemuda yang kekuatan dan luar biasa akan menyambung perjuangannya iaitu Putra Ketujuh yang terakhir.

Tom Ward (Ben Barne) merupakan anak terakhir dari tujuh bersaudara, yang telah belajar sihir pada Spook. Gregory hanya ada waktu sampai bulan purnama untuk melatih Tom Ward kerana  Malkin ratu penyihir itu telah melarikan diri dan ingin balas dendam. Malkin pun memanggil kembali semua pasukannya untuk menguasai dunia. Satu-satunya harapan manusia hanya ada pada Tom. Dia menghadapi masalah besar apabila Spook sudah pergi. Tom terpaksa tinggalkan  hidupnya yang selama ini damai, dan sekarang mengharungi saat - saat yang berbahaya demi menjalankan tugasnya melawan para penyihir. Dia harus mengalahkan Malkin dan pasukannya yang ingin menguasai dunia.

Bagi saya filem ni sangat menarik. Jalan cerita yang best dan tak bosan. Hero dah la handsome. So…. saya bagi 5 bintang !!

   Antara pelakon utama filem ini... 

      

                                                     Ni Jeff Bridges…kesatria Spook

  

                                             Ni pula hero..Ben Barnes. Handsome kan !




                                                Ni ratu penyihir…. Julianne Moore