Monday, 1 June 2015

Senyum itu sedekah



Assalamualaikum wbt…

Senyuman yang tulus datang dari hati yang ikhlas. Senyuman yang ikhlas dan menceriakan adalah suatu ibadah. Tersenyumlah !! Kerana senyum itu tidak mahal. So, saya ingin berkongsi fakta mengenai senyuman.

·        Senyum membuat seseorang lebih menarik
Secara tidak sedar senyum boleh membuat anda lebih menarik kerana ada factor daya tarikan yang tertentu dan membuat anda kelihatan lebih baik berbanding mengerutkan kening dan cemberut.

·        Senyum boleh mengubah suasana hati
Senyum boleh mengaburi tubuh sehingga membantu seseorang mengubah perasaan hatinya menjadi lebih baik. Oleh itu, jika anda berasa sedih cubalah untuk tersenyum.

·        Senyum boleh menghilangkan stress
Orang yang stress dapat dilihat melalui raut wajahnya tetapi dengan tersenyum boleh mengelakkan seseorang Nampak letih dan lesu. Jika anda dalam keadaan stress cuba ambil masa untuk tersenyum kerana ia boleh menghilangkan stress dan anda boleh bertindak untuk mengatasinya.

·        Senyum meningkatkan system kekebalan tubuh.
Senyum membantu system kekebalan tubuh untuk bekerja lebih baik. Ketika seseorang sedang tersenyum, fungsi imunisasi dalam badan meningkat yang membuat seseorang merasa lebih rileks dan terhindar dari penyakit. Menurut kajian selsema dan batuk boleh dihilangkan dengan senyuman.

·        Senyuman boleh menurunkan tekanan darah
Tidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah anda ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.

·        Senyum  membuat anda kelihatan awet muda
Senyuman menggerakkan banyak otot. Ini kerana otot wajah terlatih sehingga ada tidak perlu membuat face lift. Apabila anda banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.

·        Senyum membuat orang berfikir secara positif
Cuba anda fikirkan hal buruk smbil tersenyum. Pasti susah. Kenapa? Ketika nda tersenyum, tubuh menghantar isyarat “hidup adalah lebih baik”. Sehingga semasa anda tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah terbaik.

Senyum merupakan sedekah yang paling mudah tetapi juga bolah menjadi sangat susah diberikan oleh seseorang.Nabi Muhammad telah membuktikan pentingnya senyuman agar dapat memberikan ketenangan kepada orang lain. Rasululla pernah memotivasikan para sahabatnya tentang makna senyuman.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh HR. Muslim, Rasulullah berpesan, “Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu,  walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain,”.

Ayuh  kawan – kawan, senyumlah untuk bersedekah !






1 comment:

  1. Terima kasih share.. menarik sangat.. boleh tambah ilmu 😄

    ReplyDelete