Assalamualaikum wbt...
Hari ni saya ingin berkongsikan bagaimana
cara Rasulullah S.A.W menjaga kesihatan diri. Saya berharap agar apa yang ingin
disampaikan dapat menambahkan ilmu pengetahuan pembaca blog ini disamping
mengamalkannya.
·
SELALU
BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun
sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara
berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam
antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama
untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
·
AKTIF
MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku,
bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat
dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai
harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
·
TIDAK
PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami
adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak
terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk
tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya
untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi
umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan
selain Nabi selalu berpuasa sunat.
·
GEMAR
BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid,
pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh
pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit
jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau
mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang
hendak kita pergi.
·
TIDAK
PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’
diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan
Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan
perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka
hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah
itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat
ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
·
OPTIMIS
DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional
yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah,
bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
·
TIDAK
PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan
kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya
Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan
sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut
bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan
diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu
melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan
sihat.
"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT
tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah..
semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan
dengannya.."
Thanks sbab kongsi sesuatu yg baik . Semoga ianya menjadi habit kita slpas ni ..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. perkongsian menarik.. jazakillah ☺
ReplyDelete