Assalamualaikum wbt…
Bulan Ramadhan akan menjelma tak lama lagi. Rasanya masih tidak
terlambat untuk saya ucapkan Salam Ramadhan Almubarak buat pembaca sekalian.
Kali ini saya ingin berkongsi satu resepi bujang yang sesuai untuk dibuat
juadah berbuka dan juga sahur. Memandangkan chef bujang anak jati
Terenganu, resepinya mestilah masakan tradisional Terengganu iaitu ikan
singgang! Siapa orang Terengganu tapi tak makan ikan singgang baik tak payah
mengaku orang Terengganu.
So cara masakannya sangat simple. Campak-campak je terus siap.
Hehe..
Bahan:
3 Ketul ikan kembung/ikan tongkol(aye)
3 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2 cm lengkuas - dihiris nipis
2 cm kunyit - dihiris nipis
5 keping asam gelugur
garam secukup rasa
1 liter air
Cili api/lada kecil
Cara Memasak:
1. Campurkan kesemua
sekali bahan-bahan diatas dan
dimasukkan kedalam periuk.
2. Masukkan air kosong
dan jerang sehingga mendidih.
3. Masukkan garam dan
gula secukup rasa
4. Biarkan ia mendidik
seketika
5. Sedia dihidangkan.
Saya dah pernah makan singgang ni,sedap sangat !!
ReplyDelete